<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5640394244364774871\x26blogName\x3dJom..citer-citer..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://pingucomel.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/\x26vt\x3d-4776821954036762686', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
....JoM..CiTer..cITeR....
Friday, May 22


Udang Kukus (Gongten)

Bhn
5 Ekor Udang Galah (2 org mkn je-x leh makan byk sbb kolestrol)
1 btg Serai *
3 bj Cili Besar *
Cili Padi-depend nak pedas ke tak *
1 sb serbuk ayam
Sos Ikan
Garam n Gula
Sebesar ibu jari Asam Jawa

* Blend

Cara
A. Kukus
(1) Kukus Udang+garam+gula+sos ikan dan toskan.Simpan air udang ni.

B. Kuah
(1) Panaskan minyak
(2) Tumiskan bahan blend
(3) Selepas pecah minyak, masukkan air asam jawa+air udang+serbuk ayam dan rasa.Kalau tak masin masukkan sos ikan, kalau x manis masukkan gula.
(4) Tunggu sampai pecah minyak. Selepas siap, tuangkan kuah atas udang.
(5) Kukus sekali lagi supaya sebati.
(6) Siap

P/s: Resepi ni resepi chef wan masa tgk AFC channel
**********************************************************

Ayam Masak Madu

Bhn
Ayam
1 bj Bawang Besar (hiris)
3 Ulas Bwg Merah
2 Ulas Bwg Putih
Cili kering-depend nak pedas ke tak
1.5 sb rempah kari+air
1 sb sos tomato
2 sb madu
1 inci halia
2 btg kulit kayu manis
Daun kari

Cara
(1) Ayam di gorng dgn kunyit
(2) Blend Cili merah+putih+cili kering(rebus dulu)
(3) Tumis daun kari
(4) Tumis bahan blend+halia+kulit kayu manis dlm minyak sederhana byk
(5) Selepas pecah minyak, masukkan rempah kari+sos tomato
(6) Masukkan madu, garam, gula secukup rasa
(7) Masukkan ayam
(8) Siap
Saturday, May 9

Sempena Labour Day, kami adik beradik balik ke kg utk calebrate B'day Abah, Mak n Kakak. Jadi, aku telah buat Ice Cream Cake khas utk diorg. Kek lapisan atas coklat(half dr 1.5 liter) n lapisan bawah vanila(1.5 liter)+oreo. Pastu hias dengan biskut oreo jgk. Tapi malas nak hias dengan oreo hancur sbb lapisan bawah oreo tu pun dah kaya dengan oreo. Aku guna sebungkus biskut oreo. Yg hiasan atas tu bungkusan yg lain.Huhu..Kali ni guna acuan saiz 8 inci. Yg pasti sedap bangat.


Friday, April 24



Ikan Cencaru Sumbat

Bahan

Ikan Cencaru dibelah belakang(2 ekor-1 aku, 1 hubby)
Kunyit+garam

Bahan utk Sumbat
Bwg merah & Putih (2:1)
Cili kering (hentam je)-rebus
3/4 cwn kelapa -ni actually hentam gak
2 bj buah karas
1/2 inci kunyit
2 btg serai
Asam jawa
sos ikan
garam, gula perang (sllu gna gula perang sbb lg sdp)

Cara
(1) Siang Ikan cam biasa pastu belah belakang dia sampai ekor.Perap dnn kunyit+garam.
(2) Blend bwg, cili kering,buah karas, kunyit, serai.
(3) Tumis kan bahan blend dan tunggu hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa.
(4) Blend kelapa + air sikit. Masukkan dlm masakan td.
(5) Masukkan sos ikan, gula, garam.
(6) Kecilkan api dan kacau2 sampai kelapa kering.(ni depend la nak kering ke basah2)
(7) Sumbatkan sambal ke blkg ikan. Sbb tanak kasik kuar sambal tu..intai2 dlm fridge ada daun kunyit..hehe..ikat je ngan daun kunyit. Kalau nak ikan daun pandan pun ok.
(8) Goreng ngan minyak sikit je..kene badan je..kot sambal jd itam..hehe..cuba tgk seko ikan tu jadi itam sambal dia.tp kat luar je..tapi yg second lawa je..belajar dr kesilapan la tu..huhu
(9) Siap.
Wednesday, April 22


Ayam Berempah Terengganu

Bahan
Daging Ayam
1 cwn tepung jagung
2 sb serbuk kari
1 sb kunyit
1 sb cuka
1 biji telur
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
Garam
Air

Cara
(1) Pukulkan telur.Rendamkan ayam dlm telur ni.
(2) Bancuhkan tpg, srbk kari, kunyit, cuka, jintan, garam dan air.Bancuhan hendaklah pekat.
(3) Celupkan ayam dengan bancuhan. Gorengkan sampai garing.
(d) Siap.
************************************************************

Masak Lemak Cili Api

Bahan
Ikan
1.5 inci kunyit hidup
cili padi (depend nak pedas ke tak)
1 btg serai (diketuk)
1 kpg Asam keping
Santan(pekat dan cair)
*pekat(perahan pertama), cair (perahan ke 2)

Cara
(1) Kunyit, cilipadi di blendkan.
(2) Masukkan bahan blend ke dlm periuk, masukkan sekali serai.
(3) Bila dah nak hampir kering, masukkan santan pekat. Masa ni api pelan dan sentiasa kacau.Jgn ditinggalkan, sbb kita tanak dia pecah minyak. Pas tu masukkan santan cair.
*pecah minyak bila keadaan santan bukan lagi macam susu dan terdapat 2 lapisan yg mana lapisan atas wane putih, lapisan bawah air jernih. Maknanye masakan anda fail dan anda sepatutnye malu...huhu..jgn masak ni kalau mak mertua dtg..kot2 terpecah minyak taw.

(4) Dah menggelegak sikit.Masukkan garam dan asam keping.
(5) Masukkan ikan dan kacau sampaila dia masak.Leceh betul masakan ni.
(6) Siap.
************************************************************
<
Paprik Ayam

Bahan
Ayam(di potong kecil)
2 bj bwg putih
1 sb cili blend
3 sb sos tiram
3 sb kicap
Carrot*
Bunga Kobis*
Baby corn*
Kacang Panjang(di potong)
Daun Limau Purut*
Cili besar*
Bwg Besar*
* dihiris

Cara
(1) Tumiskan bwg putih.Masukkan ayam(supaya tak hanyir)
(2) Masukkan cili blend. Tunggu.
(3) Masukkan sos Tiram dan kicap.
(4) Dah kering masukkan sayur, bwg, cili merah, garam, daun limau purut.
(5) Siap
Friday, April 17

Disebabkan hubby gi makan kat luar ari ni, jadi aku plan nak wat kuetiaw kungfu. Resepi diambil dr myresepi cuma ada sedikit penambahan dan penukaran.

Kue Tiaw Kungfu (1 org makan)

Bahan
Kue Tiaw (1 org makan jerrr)
1 biji telur (dlm resepi tulis 2..tapi takut gemuk la)
1 sk tepung jagung
serbuk lada putih dan hitam
Garam

Kuah
Udang
2 bj bwg putih (tumbuk)
1 sb tepung jagung
1 sb sos tiram
serbuk lada putih dan hitam
cili padi
baby corn
carrot
bunga kobis

Cara

1. Pukul telur+tpg jgg+serbuk lada+garam.
2. Masukkan kue tiaw.
3. Gorengkan macam telur dadar.Kasik nipis. Masak lama sikit kasi garing bukan hangus tau!
4. Kuah plak. Tumis bwng putih dgn 1 sb minyak.Masukkan cili api.
5. Campurkan tepung jagung dengan 1 1/2 cwn air. Masukkan campuran ni.
6. Masukkan udang.
7. Masukkan serbuk lada, sos tiram, garam-Rasa la.Serbuk lada tu hentam je.
8. Rasa, perhati-kalau nak kuah banyak masukkan air tapi make sure dia pekat jd masukkan air bersama tepung jagung.
9. Siap.Curahkan atas kue tiaw tadi.
************************************************************


Daging Goreng Kunyit

Bahan
Daging (utk 2 org)-hiris nipis2
Bwg merah+bwg putih (2:1)
2 in Kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
Cili api (bergantung pd diri sendiri)
Cili besar(hiris)
Carot
Bunga Kobis
Baby Corn

Cara
1. Tumbuk Bwg+kunyit. Tumiskan ngan minyak sederhana byk.Nanti leh buang lebihannyer.
2. Masukkan daging dan serbuk kunyit.Tunggu skjp pastu masukkan air banyak sbb nak kasik empuk daging tu. Selagi tak empuk selagi tula masukkan air.
3. Bila daging dah empuk dan air tinggal sedikit masukkan cili padi,cili besar dan sayuran. Tunggu sampai air kering dan hanya tinggal minyak. Goreng lagi sampai daging tu garing sikit.(depend la pada kesukaan masing2.Kalau nak berkuah jgn tunggu sampai kering airnyer)
4. Siap. Amik daging +sayur je.Minyak tinggalkan.

p/s:masakan aku seminggu ni tak lari dari semua sayur ni sbb tak habis2 lagi..huhu
Wednesday, April 15


Sambal Tumis Udang

Bahan
Udang (buang kepala)
10 biji Cili Kering(budget2 sendiri-aku hentam je)
Bwg Merah & Putih (2:1)
Asam Jawa (sbsr ibu jari)
Garam
Gula Perang(lg sedap)

Cara
1. Cili rebus sampai lembut.
2. Blend Cili Kering+bwg
3. Tumis bahan blend degn minyak sederhana banyak. 3-4 sudu (pas masak leh buang nanti). Tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan garam gula.Tunggu lagi nmpak mcm nak pecah minyak.
6. Masukkan udang. Masak hingga pecah minyak(api kecik).Bila pecah minyak sambal jadi masak dan pekat.
7.Siap

p/s: Aku tak suka bwg besar jadi tak masukkan.


Tomyam Campur (makan utk 2 org)

Bahan

Ikan Merah (lebihan ari tu)
Bawang Merah & Putih (2:1)
Cili Padi (suka ati nak pedas ke tak)
1 btg Serai (diketuk)
3 sb Pes Thai Tom Yam cap Peace Brand(sedap pes ni)
Daun Limau Purut
Sos Ikan
Garam
Gula
1 bj tomato
Sayur2an-aku letak bunga kobis,cendawan,carrot,baby corn.
Daun Ketumbar

Cara
1. Tumbuk Bwg+cili padi. Tumiskan bersama serai.
2. Masukkan air 2 cwn.
3. Tunggu mendidih masukkan pes tom yam.Pes kene banyak kalau nak sedap.
4. Masukkan sos ikan, garam, gula secukup rasa. Masukkan gula byk sikit jd manis2 mcm kat kedai. Masukkan tomato supaya lembik.Jadi masam2 sikit.
5. Tunggu mendidih masukkan ikan, sayur.
6. Last sekali masukkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti tom yum pait.
7. Kalau nak masam masukkan air limau nipis. Tutup api dan masukkan daun ketumbar kasik kick.
8. Siap.

Kalau nak sedap lagi masukkan santan/susu cair.Aku tadek jd x letak.
Kalau buat ayam, ayam di masukkan selepas tumis bahan tumbuk tu supaya hilang hanyir dia.