<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5640394244364774871\x26blogName\x3dJom..citer-citer..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://pingucomel.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/\x26vt\x3d-4776821954036762686', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
....JoM..CiTer..cITeR....
Monday, February 25

Mee Sizzling ialah makanan kesukaan aku. Selalunyer beli dan makan di Giant, Kuantan. Pada peringkat pemulaan, harganye sangat murah berbanding tempat yang lain dan penjualnyer tak lokek dengan cendawan+ayam. Tetapi kini, kadang2 cendawan pun tak de ngan ayam pun ada la dua ketul, kena catu agaknyer, tapi juga harganyer telah naik.Itula selalunyer peniaga melayu, mula2 memang la best bila lama2 tamak haloba bersarang di jiwa, tutup mata la masa menjual makanan2. Di ssbkan ramai yang tak tau masak mee ni ngan tak de hotplate ni, maka pelanggan yang makan ke food court ni sangat la ramai termasuk la tuan punya blog ni.

Oleh itu, aku telah berusaha utk mencuba pelbagai resepi Mee Sizzling ni. Cuba dan cuba, akhirnyer dgn gembiranya ingin mengumumkan telah berjaya memasak Mee Sizzling yang rasanye sama ngan yang jual kat Giant iteew, dan bezanyer, aku boleh letak ayam ngan cendawan banyak2...Ahhh..gembira hati ku ini...pastu dengan dasatnyer lagi (punya la nk sama ngan penjual kat Giant tu, aku beli gak hotplate kat Cowboy, Kuantan) dan hasilnye..adalah seperti di bawah ini..Cuba kira ada brpe ketul ayam & cendawan..byk lagi yang nyorok2 kat sebalik mee(sperti cendawan & ayam di sebalik mee)..yummmyy...jangan jeles ye....dan jangan lupa pecahkan telur sebijik....ohhh.lupa...itu yee me...beli kat Giant gak..kat Giant je ada jual, kat area Kuantan ni..huh...
Jadi selepas ini, aku nak cari macamana nak buat kuah yong tau fo yang sos tu..sedapnyer...
Wednesday, February 20

Terbaca di dalam 1 blog, sangat2 menarik...

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata makanan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...dikerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai dihadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...
Tuesday, February 12

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.- huh..pas smyg zohor kalau x de kelas, utk mnjimatkan bedak & gincu..isk..isk..terasanyer...

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.- kadang2 t'lps ckp ngan kwn2, x sengaja..minta maap ye kwn2..huuuuuu :(

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai. - memang cemburu thp gaban ni, tp cmburu tandayer sayang, yela..kdg laki ni x leh percaya gak 100%..bkn sengaja nak cemburu ni..betulll!!

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu. - aku ni jenis punctual, tp smjk dok kat tmpt keje ni, dh terikut org2 yg tak punctual. apsal tah...

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. -betul2, ya Allah, jaga lah lidah dan percakapanku...kekadang tak sengaja mengeluarkan kata2 sedemikian...huuuuu

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu. -no comment

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........ -baikkkklahhhhhhh...

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya. - setuju..huuhu

2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.-dayus tul laki ni..cuba try pukul Mike Tyson kalau berani..

3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.-isk...memang tak patut tul, sbb tu skrg ni kene pmpuan yg mengorat dulu..

4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.-x semestinye, lelaki mmg suka pmpuan ikut cakap dia..ha ah...tapi kdg2 lelaki pun kene dgr pndpt pmpuan yg bernas ni.Pmpuan melihat sesuatu perkara dari sudut yg berbeza.

5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya. -hmmm...inila yg terjadi pada lelaki zaman skrg..berebut..ngan pmpuan pun nak berebut..istilah lady first dah ketinggalan zaman...x pedulikan perasaan org lain..

6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.- ni wajib ada pada setiap lelaki, tak leh hidup tanpanyer

7. Ganggo
KeterlaluanLembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.-sederhana dah la...

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.-huhhhh...menci..menci...
Friday, February 1

Ari ni dah 5 hari x makan nasi. Konon2nye nak try perasaan tak mkn..wa..wa..tersiksa jiwaku...esok ngan ahad baru nak mkn nasi sbb..yeye..esok nak balik kg...mesti kene makan nasi..tak leh nak tahan menengok masakan rumah yang dimasak oleh mak yang sangatla sedap dan menyelerakan...leh tambah 2 kali ni (sia2 je tak makan nasi 5 hari..isk..isk)..hmmmm.apakah menu permintaanku pada kali ini..

Ahad ni..hrp2 mak andam ada kat umah dia, sng nak booking awal2 ngan bagi wana theme kat dia..harap2 tak tersalah pilih..nampaknyer persiapan ke situ dah hampir2 la nak siap...lega gak la..semalam dah beli cincin kawin ngan fizz..Tq fizz sbb teman..x sempat nak beli ngan dia, sbb susah nak jumpa, maka kesimpulannyer kene beli sendiri..tapi yg penting duit cincin tu duit dia..huhu..utk si dia juga aku beli cincin suasa yang di dlmnyer di printkan nama aku dan dia..cop la katakan...so nampak la dia ni dah kawin...mmmm..rupanyer ada niat lain ekkk..sib dia tak tau..kuikui..pastu baru tau cincin suasa ni harga dia hampir sama ngan gold rupanyer..ingat murah je...hmm..tapi tak pe...demi kasih ku turutkan....jiwang..jiwang...

Esok gak Kek Ni balik bawak cupcake yang di tempah dari Nina. Kalau tgk dlm web dia, tersangatla chantekkkkk cupcake yg dia buat..mesti sedap agaknyer..kalau sedap leh la tempah utk wedding nanti..kek ni gak yg kene sponsor ni(aritu kan dah setuju????)...hhhehehe