<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5640394244364774871\x26blogName\x3dJom..citer-citer..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/\x26vt\x3d-1184473623583938958', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
....JoM..CiTer..cITeR....
Friday, August 29

Sempena Raya ni, aku dan my y sister memulakan perjalanan utk bershoping. Kononnyer, nak beli barang utk raya la..alasanyer..wal hal bulan puasa pun tak menjengah lagi.Tapi baik prepare awal2 sementara kita kalau kehausan/kelaparan bershoping bolehla singgah kat mana2 kedai utk makan dan minum. Kalau bulan pose tak leh plak nak wat camtu.Malu la kalau tak pose.Asik telan air liur je.Klau air liur ada tak pe, ni nak cari air utk air liur pun tak de.huhu.so lepas park kereta kat komuter sungai buloh (rm 3), maka aku pun memulakan perjalanan ke Bank Negara utk ke Sogo.Sampai ke Sogo, alamak! ada sale..huhu..apalagi terPAKSAla membeli jeans, t'shirt yg murah2. huhu..best!byakla koleksi jean aku nanti.Malam sblm nye dah bershoping T'shirtsss kat Pesta Konvo KLIA. Byak helai gak la.Ok.berbalik citer Sogo td,dsbbkan dah tukar status, so skrg hobi asik nak membeli barang keperluan rumah.Jadi, aku sambar sekali stainless steel fork, spoon, dll set stailess stell sbb kat umah tak cukup kalau org datang. Ok my friend, sekiranyer anda nak dtg umah, semua barang2 dah complete tau..

Pastu gi jalan2 kat Jln Tar plak, terPAKSA gak sambar tudungssss. Sbb banyak baju yg baru buat ari tu tak de tudung lagi (baju2 ni hasil pemberian sedara mara masa gi melawat umah diorng pas kawin..time kasih)..so lepas kira2 ada 7 helai..huh..dasat gak..beli guna hati , tak guna otak..sbb tu la..pastu lapar plak..gi KFC makan..tapi sblm tu gi semayang kat Masjid Jamek..tu pun adik aku cakap leh semayang situ..dulu ingat Masjid Jamek ni utk perhiasan je..teruk tul aku..sbb tak tau ni la aku asik semyang kat Sogo yg tak semengah itu...tak tau tak nak tanyer!

Pastu balik la..tak larat dah nak jalan...duit tinggal rm20 je..hehhe...tapi cukupla nak bayar komuter.Tapi nasib tak baik sbb balik masa org tgh balik keje..Sardin tul la..giler ramai..takat langgar bontot tu tak heran..tapi sib bawak back pack so kira bontot selamat la..kalau bahagian depan wat X pax sure tak kene..kihkih..sib ps ni aku takkan keje kat KL..letih woooo kalau tiap2 ari camni...smpai kat Komuter Sungai buloh kul 6..gi cari keta..tgh2 cari ternampak satu kereta MyVII.Nape keta ni tiggi sangat.Ada munge dlm keta.Sah keta pompuan.Rupanye 2 2 tayar depan dia dah kene rompak.Rasanyer tak mungkin pancit.Ni mesti kes rompak.org tu letakkan batu bata je.So kepada kawan2 ku, aku nak pesan..kalau boleh jgnla letak bunga ke hape cam perhiasan kat umah masa nak raya.Bukan apa, sangat la bahaya sbb org leh tau tu keta pompuan ke laki..ye kawan2..kul 6.30 sampai umah..bukak labtop tgk hubby online ke tak..pastu top up italk dlm italk buddy..cuba call guna italk..tak jelas..tapi dapat dengar suara dia..pastu putus..rugi rm2..ceh..ampes..

Sib malam tu hubby chat..leh lepas rindu ngan hubby comel ni..huhu..lega utk sehari ini..penat..tido...zzzzzzz
Saturday, August 23

Apakah maksud tajuk diatas? Kenapa penulis blog ini memilih tejuk itew? Kenapakah setelah sekian lama membiarkan blog in usang dan dipenuhi sawang2?Apakah yg menyebabkan dia tidak semangat menulis lagi? Apakah yg menyebabkan penulis blog ini cuba menulis semula? Uhu..banyak soalan yang akan dijawab dan akan ada soalan yang tiada jawapan..semua bermula dengan pada suatu hari......

Pada suatu hari yang gelap(tu malam la), hujan telah turun membasahi bumi di satu rumah di suatu kawasan yang satu ketika dulu di huni oleh sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan..hehe..selepas mereka melangsungkan perkahwinan (skema nyer..geli la plak)..si isteri dan si suami duduk berasingan sehingga 2 bulan selepas itu si isteri berpindah utk bersama si suami kesayangannye. (sapa baca jgn geli..sape suruh baca ;P). Pada awal perkahwinan, ketika si isteri duduk berasingan, mereka di kejutkan dengan satu berita gembira, yg mana akan muncul kedatangan org yg ke 3.Tanpa disangka2. Gembirala pasangan ini, sambil berangan2 akan kebahagiaan mereka nanti. Tetapi langit tak selalu cerah, apabila suatu kejadian buruk telah terjadi dan mengakibatkan ketidak hadiran org ke 3 ini.Maka gundah gulana la si isteri, memikirkan kejadian yg berlaku ini. Apakah salah dirinya?Kenapa ia terjadi?Adakah ia akan terjadi lagi?

Sang suami pun berasa gundah gulana, tetapi masih lagi cuba memujuk hati si isteri. Jadi si isteri cuba melupakannyer dan berharap kedatangan org ke 3 akan muncul lagi. Sebulan telah berlalu, masih lagi tiada berita gembira. Maka hancurla angan2 si isteri. Ditambah pula dengan berita si suami terpaksa hidup berjauhan dengan si isteri utk satu jangka masa yang agak lama. Demi masa depan mereka bersama,perpisahan ini terpaksa dilalui walaupun perit utk di telan. 4 purnama mereka akan berpisah. Tiada ramadhan bersama, tiada raya bersama, semua akan di lalui oleh si isteri bersendirian tanpa si suami di sisinya. Kini 5 hari telah berlalu, si isteri sentiasa menunggu berita dari si suami kesayangannya. Hanya sms,pangilan telefon, YM, Skype(ni psgan modern) yg menjadi penyambung kasih sayang antara mereka. Yg menjadi pengubat KERINDUAN si isteri kepada suaminya. Jadi, di pagi yg hening ini, si isteri cuba utk mencoretkan keluhan hatinya.

Ha...bacala korang..mesti gi toilet muntah pas ni..padan muka..kihkih..nak sangat updatenyer..huhuhuhu