<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5640394244364774871\x26blogName\x3dJom..citer-citer..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/\x26vt\x3d-1184473623583938958', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
....JoM..CiTer..cITeR....
Thursday, January 31

Akhirnye berjaya juga menyelesaikan kursus pra-perkahwinan yang ditunggu2 selama ini. Kursus yang berjalan selama 2 hari di hadiri oleh diriku ini dan juga beberapa org member yang sudi menemani bersama dan nasib baik la pegi ramai2. Kalau gi sorang2 leh mati kutu tak tau nak wat apa..Tetapi, di sebabkan oleh kursus ini dihadiri oleh pelbagai peringkat usia dan juga tahap pendidikan yang berbeza, maka terdapat la beberapa insiden yang sangat2 tidak patut di lakukan oleh wanita2 yang dijangka akan menjadi isteri org ini. Malangnyer suami yang mendapat isteri seperti ini (kataku dlam hati semasa menyaksikan insiden ini...sambil geleng2kan kepala dan berjanji utk tidak mempunyai perlakuan seperti ini..)...

Insiden pertama: Peristiwa ini berlaku didepan mata ku ini...ade ke patut sorg budak ni merengus2 dengan kuatnyer sambil mngutuk2 ustaz yang bagi ceramah kat depan, supaya ustaz tu ceramah cepat sikit. Dialognyer lebey krg cm ni

"Skrg ni dah pkl bpe, cepat2 la cakap tu..dengar banyak2 pun bukan dapat duit pun!" dengan kuatnyer....

Dialog di atas menyebabkan fikiran ku menjadi buntu dan tercengang2. Sbnrnyer sapa yang nak pgi kursus ni, bukan ke dia yang bayar yuran sbb nak sangat gi kursus? kalau tak suka awal2, nape sanggup menbayar dengan harga sedemikian rupa?...isk..bdk yang sama gak..disbbkan ketensenan lagi, dia pun memdengar lagu mp3 (dari hpnyer...ingat dia sorg je ada hp?Akunyer lagi best tau)sambil menyanyi melalui suaranye yang agak serak2 gitew...mengutuk je aku ni..huhu...memang confirm kalau majlis kawin nanti, mesti dia berkaraoke je....mmg tak leh bawak gi majlis tul la....memalukan!

Insiden kedua: Waktu makan semasa kursus tu, kebanyakan bakal2 isteri ini berebut2 makanan seperti semalam mereka tak makan.Sangatla dasyat nyer. Sepatutnyer kenala beratur supaya keadilan dapat dilaksanakan(cam peguam plak)..tapi phm gak la nape diorg leh berebut..sbb org yang awal sangat la dasat dalam mengambil amount makanan..ada ke patut diorg leh amik kuih sorang 3,4,5..abis yang lain tu nak makan apa?lalu menyebabkan diriku ini tak dapat makan kuih yang disediakan..maybe dirg rasa, dah bayar mahal so, makan pun kene la banyak2 gak spt harga yg diorg bayar..aiii...memalukan betullah...tak de rasa prihatin dengan org lain...cam ni ke nak kawin agaknyer...malang..malang....

Pastu hari kedua, dpt kuar awal, so dapat makan awal...part ni bagus, sbb org yg mula2 beratur, so kebnyakannyer beratur gak..tapi tgh2 beratur tu ntah mak lampir mana gi potong barisan dengan tak malunyer menyedok nasi utk dirinyer dan juga rakan2nyer yg lain.Maka dengan lajunyer diriku ini bersuara:

"Dik, beratur la", ingat dia ni paham..memang jenis yg tak malu, selamba jer cedok2kan lagi utk kawan dia..aiii...apala jenis pompuan cam ni....kita ni nak ajar dia supaya dpt menyesuaikan diri kalau ke majlis tertentu..tak de la nanti husband dia malu nak ngaku bini..heheheh...

Aiiiii...selepas kursus ini, maka banyak la dapat tgk pelbagai ragam manusia yang sangat2 la menarik dan boleh menjadi pengajaran....sib la kursus ni sekali seumur hidup..ku tidak mahu lagi berhadapan dengan mereka....
Wednesday, January 16

Selepas berjumpa dengan bakal Supervisor, maka terdapatla beberapa kerja yang perlu dilaksanakan sehingga kemasukan bulan June ni. PHD x leh nak sambung di luar negeri sbb my fiucer H****y tak mo ikut. Dia kata kalau nak pegi, pegi la sorang2. Huhu..wat pe kawin camni kalau kene idup sorang2 kan. Terpaksala diriku ini berkorban utk sambung di dalam negeri sajalah. Tapi nanti kene gak pi ober see jalan2 ke. Qada' balik apa yang tak dapat. Nampaknyer setengah tahun ni akan menjadi tersangatla sibuk dan memeningkan kepala. Takutnyer kalau tak sempat nak wat semua tu. Harap2 semuanyer akan berjalan dengan lancar.Antara yang perlu diisi ialah:

(1) Borang Permohonan Cuti Belajar
(2) Borang Permohonan ke Universiti
(3) Borang Biasiswa Slab
(4) Borang IELTS (nape la amik local kene amik ielts, x paham la..dah la mahal!!!!)
(5) Proposal Projek

Kursus yang kene pi:
(1) Kursus IELTS
(2) Kursus Penulisan Journal
(3) Kursus Kawin (aha!!!!!!)

Nampaknyer, terpaksa la menyusun hidup ini di dlam bentuk jadual supaya objektif akan tercapai. Lupa plak, objektifnyer ialah:
(1) Sambung PHD
(2) Kahwin
Wednesday, January 9

Setelah terpengaruh dengan lagu minuman Oligo Coco yang asik selalu dinyayi dalam kepala ni, so semalam terbeli la sebungkus kat pasaraya Eng Hong. Rupa2nyer selain Oligo Coco ada lagi Oligo Cafe ngan Oligo Bijirin(rasenyela). But quite expensive, 15 bgkus+2 free = RM12.++.Hemm.dengan x sabarnyer malam tu juga minum dengan air panas. Rasenyer sedap gak, tapi macam pelik sikit..rasa licin...rasa coco tapi macam banyak gula kot..pastu pagi2 ni, minum lagi dengan air sejuk, setelah di shake kan hingga berbuih, pastu di minum...yum..yum...sedap plak...nampaknyer oligo ni kene minum dengan ais baru sesuwai. Kalau ngan air panas tak cukup umphhh...sedap..sedap...dah abis pun minum....esok nak kene bawak oligo ni ke KL sbb ada org pesan..yela..ari tu pi tesco tak jumpa..dasat..x glamer ke Oligo?
Apala..yang aku merepek ni..adakah kerana berdebar sekejap lagi akan di interview oleh En. Joe tentang tentang penilaian prestasi 2007..so kene ada tenaga...hik..hik...En. Joe bgla markah tinggi2...
Thursday, January 3

Things 2 Do
(1) Kursus Kahwin (settle)
(2) Mak Andam ( Cadar, Baju, Hiasan Bilik, Meja Beradap, Pelamin, Gerbang) - dah tgk tp blm tempah.
(3) Photographer (settle)
(4) Kad Kawin (settle, deposit dah bayar)
(5) Pahar (settle)
(6) Cenderahati specel(90%), cenderahati biasa(separuh dah), beg Kertas (blm)
(7) Bunga pegang (blm, bunga hdp or stokin)
(8) Hantaran-separuh dah settle
(9) Alas dulang (kek ni, jangan lupa sponsor..x nak sponsor pape lagi ke?huhu)
(10) Makan, khemah (abahku settlekan)
(11) Cincin (settle)

3 Bulan lagi...sempat ke nih?

Eh...bestnyer tgh dengar lagu 11 january dari Gigi...

Tahun Baru 2008. Tahun ni dijangka akan menjadi tahun yang paling sibuk. Tahun ni juga umur akan mencecah 30 an.Waaa..x suke..x suke...tahun ni kene sambung PHD, kawin..skrg ni tgh confuse nak wat yang mana satu..a lot of things 2 do before hidup berdua ni. banyak betul perancangan. Byk lagi x settle. Hantaran, cenderahati, kad kawin, jemputan, mak andam..bla..bla..sib half dah settle..pahar(ni special sbb tuan punyer diri yang buat..hahah..sape nak kene datang la... ;).
Then, apakah azam tahun baru iniey...start tahun ni, balik keje kene start bererobik macam dulu..kalau dah sampai umur muda belia ni, senang je nak naik badan, boleh pilih nak naik bpe, tak de hal nyer..makan..makan...maka jawapannyer akan naik berkilo2..kang tak muat plak baju..huhu...