14 Disember 2007
Berikut adalah makluman terkini berkenaan banjir di lebuhraya bertol yang terlibat.
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 Dimaklumkan laluan kedua-dua hala antara Temerloh dengan Lancang ditutup kepada kenderaan kecil bermula jam 8.00 pagi 13hb Disember 2007 disebabkan air naik di km 113.3 setinggi 0.4 meter sepanjang 100 meter. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian berkenaan:
HOTLINE LLM : 1800 88 7752
Pejabat Wilayah Timur LLM : 09-5612121
HOTLINE MTD : 09-5479111
HOTLINE KKR : 1800 88 5004
Lebuh raya Pantai Timur(LPT) dah banjir. Camner nak balik ni? Tanak la raya di Kuantan.Nampaknyer program utk balik kene ditunda sampai hari ahad..Setelah mencari2 di dlm internet utk tau apa status lebuhraya lpt ni..maka dapat dah jalan penyelesaiaanye. Kepada sesapa nak balik ke KL atau nak ke Raub(my Hometown) dari Kuantan jalan yang boleh dilalui hasil daripada menalipon ke LLM.
Kuantan --> Tol Temerloh --> Kuala Krau -->Jerantut --> Benta -->Raub --> Bentong --> KL