<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5640394244364774871?origin\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
....JoM..CiTer..cITeR....
Tuesday, February 12

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.- huh..pas smyg zohor kalau x de kelas, utk mnjimatkan bedak & gincu..isk..isk..terasanyer...

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.- kadang2 t'lps ckp ngan kwn2, x sengaja..minta maap ye kwn2..huuuuuu :(

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai. - memang cemburu thp gaban ni, tp cmburu tandayer sayang, yela..kdg laki ni x leh percaya gak 100%..bkn sengaja nak cemburu ni..betulll!!

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu. - aku ni jenis punctual, tp smjk dok kat tmpt keje ni, dh terikut org2 yg tak punctual. apsal tah...

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. -betul2, ya Allah, jaga lah lidah dan percakapanku...kekadang tak sengaja mengeluarkan kata2 sedemikian...huuuuu

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu. -no comment

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........ -baikkkklahhhhhhh...

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya. - setuju..huuhu

2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.-dayus tul laki ni..cuba try pukul Mike Tyson kalau berani..

3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.-isk...memang tak patut tul, sbb tu skrg ni kene pmpuan yg mengorat dulu..

4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.-x semestinye, lelaki mmg suka pmpuan ikut cakap dia..ha ah...tapi kdg2 lelaki pun kene dgr pndpt pmpuan yg bernas ni.Pmpuan melihat sesuatu perkara dari sudut yg berbeza.

5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya. -hmmm...inila yg terjadi pada lelaki zaman skrg..berebut..ngan pmpuan pun nak berebut..istilah lady first dah ketinggalan zaman...x pedulikan perasaan org lain..

6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.- ni wajib ada pada setiap lelaki, tak leh hidup tanpanyer

7. Ganggo
KeterlaluanLembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.-sederhana dah la...

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.-huhhhh...menci..menci...