Apakah maksud tajuk diatas? Kenapa penulis blog ini memilih tejuk itew? Kenapakah setelah sekian lama membiarkan blog in usang dan dipenuhi sawang2?Apakah yg menyebabkan dia tidak semangat menulis lagi? Apakah yg menyebabkan penulis blog ini cuba menulis semula? Uhu..banyak soalan yang akan dijawab dan akan ada soalan yang tiada jawapan..semua bermula dengan pada suatu hari......
Pada suatu hari yang gelap(tu malam la), hujan telah turun membasahi bumi di satu rumah di suatu kawasan yang satu ketika dulu di huni oleh sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan..hehe..selepas mereka melangsungkan perkahwinan (skema nyer..geli la plak)..si isteri dan si suami duduk berasingan sehingga 2 bulan selepas itu si isteri berpindah utk bersama si suami kesayangannye. (sapa baca jgn geli..sape suruh baca ;P). Pada awal perkahwinan, ketika si isteri duduk berasingan, mereka di kejutkan dengan satu berita gembira, yg mana akan muncul kedatangan org yg ke 3.Tanpa disangka2. Gembirala pasangan ini, sambil berangan2 akan kebahagiaan mereka nanti. Tetapi langit tak selalu cerah, apabila suatu kejadian buruk telah terjadi dan mengakibatkan ketidak hadiran org ke 3 ini.Maka gundah gulana la si isteri, memikirkan kejadian yg berlaku ini. Apakah salah dirinya?Kenapa ia terjadi?Adakah ia akan terjadi lagi?
Sang suami pun berasa gundah gulana, tetapi masih lagi cuba memujuk hati si isteri. Jadi si isteri cuba melupakannyer dan berharap kedatangan org ke 3 akan muncul lagi. Sebulan telah berlalu, masih lagi tiada berita gembira. Maka hancurla angan2 si isteri. Ditambah pula dengan berita si suami terpaksa hidup berjauhan dengan si isteri utk satu jangka masa yang agak lama. Demi masa depan mereka bersama,perpisahan ini terpaksa dilalui walaupun perit utk di telan. 4 purnama mereka akan berpisah. Tiada ramadhan bersama, tiada raya bersama, semua akan di lalui oleh si isteri bersendirian tanpa si suami di sisinya. Kini 5 hari telah berlalu, si isteri sentiasa menunggu berita dari si suami kesayangannya. Hanya sms,pangilan telefon, YM, Skype(ni psgan modern) yg menjadi penyambung kasih sayang antara mereka. Yg menjadi pengubat KERINDUAN si isteri kepada suaminya. Jadi, di pagi yg hening ini, si isteri cuba utk mencoretkan keluhan hatinya.
Ha...bacala korang..mesti gi toilet muntah pas ni..padan muka..kihkih..nak sangat updatenyer..huhuhuhu