<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5640394244364774871\x26blogName\x3dJom..citer-citer..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dTAN\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://pingucomel.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://pingucomel.blogspot.com/\x26vt\x3d-4776821954036762686', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
....JoM..CiTer..cITeR....
Friday, April 24



Ikan Cencaru Sumbat

Bahan

Ikan Cencaru dibelah belakang(2 ekor-1 aku, 1 hubby)
Kunyit+garam

Bahan utk Sumbat
Bwg merah & Putih (2:1)
Cili kering (hentam je)-rebus
3/4 cwn kelapa -ni actually hentam gak
2 bj buah karas
1/2 inci kunyit
2 btg serai
Asam jawa
sos ikan
garam, gula perang (sllu gna gula perang sbb lg sdp)

Cara
(1) Siang Ikan cam biasa pastu belah belakang dia sampai ekor.Perap dnn kunyit+garam.
(2) Blend bwg, cili kering,buah karas, kunyit, serai.
(3) Tumis kan bahan blend dan tunggu hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa.
(4) Blend kelapa + air sikit. Masukkan dlm masakan td.
(5) Masukkan sos ikan, gula, garam.
(6) Kecilkan api dan kacau2 sampai kelapa kering.(ni depend la nak kering ke basah2)
(7) Sumbatkan sambal ke blkg ikan. Sbb tanak kasik kuar sambal tu..intai2 dlm fridge ada daun kunyit..hehe..ikat je ngan daun kunyit. Kalau nak ikan daun pandan pun ok.
(8) Goreng ngan minyak sikit je..kene badan je..kot sambal jd itam..hehe..cuba tgk seko ikan tu jadi itam sambal dia.tp kat luar je..tapi yg second lawa je..belajar dr kesilapan la tu..huhu
(9) Siap.
Wednesday, April 22


Ayam Berempah Terengganu

Bahan
Daging Ayam
1 cwn tepung jagung
2 sb serbuk kari
1 sb kunyit
1 sb cuka
1 biji telur
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
Garam
Air

Cara
(1) Pukulkan telur.Rendamkan ayam dlm telur ni.
(2) Bancuhkan tpg, srbk kari, kunyit, cuka, jintan, garam dan air.Bancuhan hendaklah pekat.
(3) Celupkan ayam dengan bancuhan. Gorengkan sampai garing.
(d) Siap.
************************************************************

Masak Lemak Cili Api

Bahan
Ikan
1.5 inci kunyit hidup
cili padi (depend nak pedas ke tak)
1 btg serai (diketuk)
1 kpg Asam keping
Santan(pekat dan cair)
*pekat(perahan pertama), cair (perahan ke 2)

Cara
(1) Kunyit, cilipadi di blendkan.
(2) Masukkan bahan blend ke dlm periuk, masukkan sekali serai.
(3) Bila dah nak hampir kering, masukkan santan pekat. Masa ni api pelan dan sentiasa kacau.Jgn ditinggalkan, sbb kita tanak dia pecah minyak. Pas tu masukkan santan cair.
*pecah minyak bila keadaan santan bukan lagi macam susu dan terdapat 2 lapisan yg mana lapisan atas wane putih, lapisan bawah air jernih. Maknanye masakan anda fail dan anda sepatutnye malu...huhu..jgn masak ni kalau mak mertua dtg..kot2 terpecah minyak taw.

(4) Dah menggelegak sikit.Masukkan garam dan asam keping.
(5) Masukkan ikan dan kacau sampaila dia masak.Leceh betul masakan ni.
(6) Siap.
************************************************************
<
Paprik Ayam

Bahan
Ayam(di potong kecil)
2 bj bwg putih
1 sb cili blend
3 sb sos tiram
3 sb kicap
Carrot*
Bunga Kobis*
Baby corn*
Kacang Panjang(di potong)
Daun Limau Purut*
Cili besar*
Bwg Besar*
* dihiris

Cara
(1) Tumiskan bwg putih.Masukkan ayam(supaya tak hanyir)
(2) Masukkan cili blend. Tunggu.
(3) Masukkan sos Tiram dan kicap.
(4) Dah kering masukkan sayur, bwg, cili merah, garam, daun limau purut.
(5) Siap
Friday, April 17

Disebabkan hubby gi makan kat luar ari ni, jadi aku plan nak wat kuetiaw kungfu. Resepi diambil dr myresepi cuma ada sedikit penambahan dan penukaran.

Kue Tiaw Kungfu (1 org makan)

Bahan
Kue Tiaw (1 org makan jerrr)
1 biji telur (dlm resepi tulis 2..tapi takut gemuk la)
1 sk tepung jagung
serbuk lada putih dan hitam
Garam

Kuah
Udang
2 bj bwg putih (tumbuk)
1 sb tepung jagung
1 sb sos tiram
serbuk lada putih dan hitam
cili padi
baby corn
carrot
bunga kobis

Cara

1. Pukul telur+tpg jgg+serbuk lada+garam.
2. Masukkan kue tiaw.
3. Gorengkan macam telur dadar.Kasik nipis. Masak lama sikit kasi garing bukan hangus tau!
4. Kuah plak. Tumis bwng putih dgn 1 sb minyak.Masukkan cili api.
5. Campurkan tepung jagung dengan 1 1/2 cwn air. Masukkan campuran ni.
6. Masukkan udang.
7. Masukkan serbuk lada, sos tiram, garam-Rasa la.Serbuk lada tu hentam je.
8. Rasa, perhati-kalau nak kuah banyak masukkan air tapi make sure dia pekat jd masukkan air bersama tepung jagung.
9. Siap.Curahkan atas kue tiaw tadi.
************************************************************


Daging Goreng Kunyit

Bahan
Daging (utk 2 org)-hiris nipis2
Bwg merah+bwg putih (2:1)
2 in Kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
Cili api (bergantung pd diri sendiri)
Cili besar(hiris)
Carot
Bunga Kobis
Baby Corn

Cara
1. Tumbuk Bwg+kunyit. Tumiskan ngan minyak sederhana byk.Nanti leh buang lebihannyer.
2. Masukkan daging dan serbuk kunyit.Tunggu skjp pastu masukkan air banyak sbb nak kasik empuk daging tu. Selagi tak empuk selagi tula masukkan air.
3. Bila daging dah empuk dan air tinggal sedikit masukkan cili padi,cili besar dan sayuran. Tunggu sampai air kering dan hanya tinggal minyak. Goreng lagi sampai daging tu garing sikit.(depend la pada kesukaan masing2.Kalau nak berkuah jgn tunggu sampai kering airnyer)
4. Siap. Amik daging +sayur je.Minyak tinggalkan.

p/s:masakan aku seminggu ni tak lari dari semua sayur ni sbb tak habis2 lagi..huhu
Wednesday, April 15


Sambal Tumis Udang

Bahan
Udang (buang kepala)
10 biji Cili Kering(budget2 sendiri-aku hentam je)
Bwg Merah & Putih (2:1)
Asam Jawa (sbsr ibu jari)
Garam
Gula Perang(lg sedap)

Cara
1. Cili rebus sampai lembut.
2. Blend Cili Kering+bwg
3. Tumis bahan blend degn minyak sederhana banyak. 3-4 sudu (pas masak leh buang nanti). Tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan garam gula.Tunggu lagi nmpak mcm nak pecah minyak.
6. Masukkan udang. Masak hingga pecah minyak(api kecik).Bila pecah minyak sambal jadi masak dan pekat.
7.Siap

p/s: Aku tak suka bwg besar jadi tak masukkan.


Tomyam Campur (makan utk 2 org)

Bahan

Ikan Merah (lebihan ari tu)
Bawang Merah & Putih (2:1)
Cili Padi (suka ati nak pedas ke tak)
1 btg Serai (diketuk)
3 sb Pes Thai Tom Yam cap Peace Brand(sedap pes ni)
Daun Limau Purut
Sos Ikan
Garam
Gula
1 bj tomato
Sayur2an-aku letak bunga kobis,cendawan,carrot,baby corn.
Daun Ketumbar

Cara
1. Tumbuk Bwg+cili padi. Tumiskan bersama serai.
2. Masukkan air 2 cwn.
3. Tunggu mendidih masukkan pes tom yam.Pes kene banyak kalau nak sedap.
4. Masukkan sos ikan, garam, gula secukup rasa. Masukkan gula byk sikit jd manis2 mcm kat kedai. Masukkan tomato supaya lembik.Jadi masam2 sikit.
5. Tunggu mendidih masukkan ikan, sayur.
6. Last sekali masukkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti tom yum pait.
7. Kalau nak masam masukkan air limau nipis. Tutup api dan masukkan daun ketumbar kasik kick.
8. Siap.

Kalau nak sedap lagi masukkan santan/susu cair.Aku tadek jd x letak.
Kalau buat ayam, ayam di masukkan selepas tumis bahan tumbuk tu supaya hilang hanyir dia.
Tuesday, April 14



Ikan Bawal 3 Rasa

Bahan
Salutan pd Ikan
1 ekor Ikan Bawal
Tepung Jagung
Garam

Kuah
1 bj Bwg Besar (dihiris)
3 biji Bwg Putih(ditumbuk)
Halia(sbsr ibu jari di hiris)
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
2 sb sos ikan
Sebiji tomato (potong dadu)
Bunga Kobis
Carrot
Nenas (dlm tin je)
Baby Corn

Cara
1. Ikan dilumur garam. Lepas tu lumurkan dengan tepung jagung. Goreng minyak banyak.
2. Tumis bwg putih,merah & halia.
3. Masukkan sos tomato,cili & tiram. Masukkan air sikit.
4. Masukkan tomato.Tunggu sampai tomato lembik.Masukkan nenas.
5. Masukkan sos ikan. Rasa.Sukahatila nak letak gula&garam.
6. Masukkan semua sayur.
7. Siap

Kuah aku masak banjir.Banyak sangat.Tapi habis juga kuah dia.Banyak kuah baru sedap.
***********************************************


Ikan Merah Masak Sos Plum
Bahan
2 ketul Isi Ikan Merah
Bwg Merah&Putih (2:1)
Halia
3 sb Sos Plum - jenama life(susah nak cari)
2 sb Sos Ikan
1 kpg Asam Keping
Bunga Kobis
Karrot
Baby corn
Daun Ketumbar
Garam

Cara
1. Blend bwg+halia dan tumiskan.Masukkan air.
2. Masukkan sos plum.
3. Masukkan sos ikan.(kalau tade tak pe,sbb pengganti garam je.
4. Masukkan Asam Keping.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Masukkan Ikan dan last sekali sayur.
7. Siap. Tutup api dan masukkan daun ketumbar.
Friday, April 10


Daging Masak Tiram
Bahan
Daging (utk 2 org)-hiris nipis
Bawang Merah & Putih(2:1)
10 bj Cili Kering (potong)
2 sb Sos Tiram
Asam Jawa (sebesar ibu jari+air)
Carot

Cara
1. Rebus cili kering sampai lembut.
2. Blend cili kering+bwg
3. Tumis bahan blend (Minyak sederhana byk)-dlm 5 sb
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan daging dan air yg banyak. Air dimasukkan lagi sampai la daging empuk.
6. Masak sampai pecah minyak(sampai air tinggal sikit dan ada minyak yg bertakung).
7. Masukkan garam+carot
8. Siap
*************************************************************

Kangkung Goreng Tiram
Bahan
Bawang Merah & Putih(2:1)
1 biji Cili Merah
4 sb Sos Tiram
Geragau

Cara
1.Tumbuk Bwg & cili
2.Tumiskan bahan yg ditumbuk.
3.Masukkan sos tiram 2 sb.
4.Masukkan air sikit.
5.Masukkan kangkung.
6.Masukkan sos tiram lg bbrp sudu.Sbb kene rasa dulu.Sos ni masin.
7.Masukkan garam secukup rasa.
8.Siap.

Tak letak belacan sbb hubby tak leh belacan.Tapi kan geragau bukan bahan utk belacan ke?kihkih..sian hubby gatal2 la dia pas ni.
Wednesday, April 8

Ikan Kerapu Kukus Limau
Bahan:
Ikan Kerapu Kecik-hehe
3 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 bj Cili besar*
5 bj cili padi*
2 btg serai*
Halia (sikit je)*
2 sb sos tiram*
2 sudu sos Ikan*
1 biji tomato(dadu)
2 bj Limau nipis
Carrot (hiris)
Daun limau purut (hiris)
Daun ketumbar
Gula Garam*

*Di blend

Cara
1.Blend bahan (*) dan perapkan ikan(Rasa dahulu-rase pedar2 sikit sbb belum masak)dlm 15 mnt.
2.Taburkan carrot+tomato_daun limau purut atas ikan.
3.Kukus ikan selama 15 mnt.Pastu perahkan limau nipis atas ikan. Letakkan daun ketumbar.Kukus lagi selama 5 minit. Siap.
_____________________________________________________________

Ayam Bakar Kunyit
Bahan
Daging Ayam
Kunyit (yg ubi tu)
5 Ulas bwg merah
3 Ulas bwg Putih
Garam secukup rasa

Cara
1. Blend semua bahan.
2. Masakkan bahan blend,garam dan masukkan ayam.
3. Masak sampai nak kering.
4. Bakar sampai garing.-alaskan dengan daun kunyit(sbb ada amik banyak masa blm kg hari tu.Nak perabiskan la ni)
5. Siap.
Saturday, April 4

Today sempena Anniversary perkahwinan pertama,disamping menyambut hubby balik dari Japan aku telah membuat Orea Ice Cream Cake khas utk hubby tercinta.Teringin tak?Ada 4 lapis.
1.Base dengan Oreo+butter
2.Vanila ais krim+choc chip+walnut
3.Vanila ais krim+oreo
4.Toping ngan Oreo
Ada beribu2 cebisan oreo.Yummy..slurp..slurp..

Nampak sememeh sebab salah adunan ni.Ingat nak letak chocolat cair in between layer.Rupanyer dia tak beku dia cair.Jadi bertampok2 la kek ais krim ni.AKu plak x guna spring form sbb tak de springform yg kecik.Saiz acuan dia ni dlm sejengkal je.Tu yg nampak tinggi tu.Rasanyerrrr..sedappppp...nampak comotkan..yela..dah cair..nak potong pun kene cepat2..pastu cepat2 masuk mulut..rasa oreo vanila walnut choc chip..makin gemuk ke aku nanti???????huhu




Resepi Oreo Ice Cream Cake

Base
Separuh Oreo Biskut dr 1 bungkus termasukla krim dia sekali
2 sudu butter (cairkan)

Filling
1.5 liter Ais Krim Vanila-keluarkan dlm 15 minit kat luar kasik dia lembut sikit
Walnut (dibakar)-ni suka atila nak masuk apa..durian pun leh kot..cam sedap je durian
Choc Chip
Oreo hancur(buang krim)

Peralatan
Fridge..hehe
Acuan Kek or Springform (kalau acuan yg tak leh cabut tu letakkan plastik wrap separuh2 supaya leh keluarkan ais krim ni..phm tak?tp make sure ais krim betul2 keras dan beku)Yg aku wat ni guna acuan kecik diameter dlm sejengkal.kalau besar acuannyer kene guna 3 liter kot ais krim.
Mixer

Cara
1. Campurkan oreo hancur+butter.Masukkan dlm acuan.Masuk peti ais.
2. Masukkan 1/2 Ais Krim+walnut+choc chip dlm mixer then masukkan dlm acuan.Masukkan dlm peti ais.Bekukan.Simpan selebihnyer dlm peti ais.
3. Pas dah keras.Amik 1/2 ais krim yg selebihnyer mixerkan dengan oreo hancur.Masukkan dlm adunan.Masukkan dlm peti ais.Siap.
4. Hiaskan secantik mata memandang dan sesedap lidah merasa.huhu

Ha kan.senangkan.sapa kata susah..senang bangat..cik Fizz..buat la..ko kan ada peti ais besarrrrr...